Diam tak diam beberapa hari lagi kita akan menyambut Maal Hijrah. Tahun Baru bagi orang Islam, tahun 1435H. 2 bulan lagi pulak, sambut tahun baru 2014. Sekejap saja masa berlalu, terasa baru lagi berpindah ke utara ni.. diam tak diam dah hampir setahun di sini.
Malam ni selepas Isya' tidak banyak yang saya lakukan. Pasang laptop untuk update page-page saya di facebook, jawap PM mana yang ada, update di group Seri Niaga Bazaar. Yang saya nak kongsikan ialah salah satu PM yang saya terima hari ini. Beliau bertanyakan tentang pemasaran di facebook. Beliau ada produk, tapi tidak tahu bagaimana untuk memasarkan. Sedikit sebanyak saya cuba jawab persoalan-persoalan beliau semampu saya. Akhirnya kami setuju untuk berjumpa esok lusa ni, untuk perbincangan lanjut. Nanti ye dik, kita jumpa kita cerita habis-habis. Pasti ada jalannya...
Lalu saya pun dok berfikir-fikir sepetang tadi. Mungkinkah ini masanya yang sesuai untuk saya mulakan. Membantu. Memberi. Menambah nilai. Memang sejak balik daripada program IMKK Dr Azizan Osman, saya menanam azam untuk membantu dan menambah nilai kepada orang lain. Namun belum banyak yang saya buat. Pendek cerita tak ke mana lagi pun. Dok bercongak-congak dan masih teragak-agak. Bak kata mentor saya, terhegeh-hegeh. Sampailah balik daripada IJI, pun masih tak bergerak. Aduih, apalah agaknya yang berat sangat. Kata nak terbang macam helang... tapi masih terkedek-kedek macam itik pulang petang.
Maka sempena tahun baru hijriah ni, saya berjanji untuk memulakan langkah pertama saya untuk memberi dan menambah nilai, dengan harapan terlaksana tanggungjawab saya. Saya ada ilmu, walaupun sedikit, namun jika tidak saya kongsikan, saya berdosa. Petang ini, telah saya jumpa kunci kepada mangga yang telah merantai kaki saya selama ini, dan telah saya bukakan.
Saya sedar saya ada kelebihan yang boleh saya kongsikan terutamanya kepada saudara-saudara saya yang wanita. Yang mahu berniaga tapi kurang pendedahan. Yang ada produk tapi kurang nampak jalan memasarkannya. Atau yang ada produk tapi tiada masa untuk menguruskannya dengan baik.
Saya bukanlah pandai apa lagi yang terbaik untuk mengajar, tapi ilmu ini takkan membiak jika saya tidak biakkan dan kongsi dengan lebih ramai orang. Lagi pun kalau nak tunggu diri jadi sempurna dan tersangat pandai baru nak berkongsi ilmu.. memang mission impossible lah, kan? Kenapa? Nobody's perfect... so nak tunggu sampai jadi perfect memang takkan berlaku. Hehe. Semoga lepas ini hidup saya lebih bermakna dan saya dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kan orang yang terbaik tu ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain.. kan??
Okay, stay tuned. Saya akan update sesi perkongsian saya nanti.. Saya akan mulakan di 5 kawasan dulu. Saya akan manfaatkan diri saya ini semaksima mungkin. Semoga tertebus kelalaian saya selama ini dalam menjalankan peranan sebagai khalifah Allah di bumiNYA ini. Amiin..
Salam sayang,
Aida Izham
The Boss
Modern Wafdan / R&B Deli-Bites / Kedai Cik Puan
Page Manager
16 Kisses Closet
No comments:
Post a Comment