Sebenarnya menggoreng ayam ala KFC ni senang aje, cuma kena rajin.. sebab melibatkan banyak steps. Dan kena sabar menggorengnya.. bukan macam goreng ayam biasa ye diknon..
Ok, memula pergi beli ayam yang segar, yang beratnya sekitar 1.8kg.. tapi jangan lebih 2 kg..
1) Bersihkan ayam. Tos. Gaulkan garam dan lada sulah rata-rata. Jika mahu, boleh juga gaulkan dengan rempah perapan ayam sendiri atau yang siap dijual. Alihkan ayam ke dalam tapisan supaya tiada air yang bertakung dan simpan ayam utk diperap selama sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman. (dlm peti ais bukan freezer,jika nak simpan semalaman).
2) Bila dah nak goreng ayam, keluarkan ayam tadi. Bila ayam dah berada pada suhu bilik, masukkan ayamdalam plastik besar, letak tepung goreng ayam secukupnya dan goncang utk gaul rata.
Tips: Pastikan ayam kering dan buat 3-4 ketul setiap kali.
Pastu, letakkan atas rak macam dlm gambar supaya tiada lebihan tepung.
Lepas tu, pecahkan telur dan pukul dengan buttermilk (boleh buat sendiri di rumah = susu+sedikit cuka atau lemon juice). Celup ayam tadi rata2 ke dalam adunan telur ni dan masukkan sekali lagi dalam beg berisi tepung tadi. Goncang untuk salutan kedua. Bila dah tersalut rata, letak balik atas rak tadi. Biarkan 20 minit.
Tips: Mesti biarkan sekejap sebelum goreng, akan nampak salutan tu jadi 'crust'.
3) Panaskan minyak yang banyak. Bila minyak dah betul-betul panas, gorengkan ayam tadi (secara deep frying). Jangan masukkan ayam banyak sangat, beri ruang. Jangan godek2 sangat, terutama dalam 5minit pertama. Bila ayam dah masak, letak balik atas rak tadi sekejap.
4) Hidangkan. Dengan mashed potato & coleslaw ke.. dgn cili sos ke.. dgn cheese sos ke..
Sedap. Cuba tau..




No comments:
Post a Comment