Seperti biasa dengan berlalunya tahun yang lepas dan datangnya tahun yang baru.. saya, seperti kebanyakan orang yang lain, akan berazam baru. Apa yang kita sering lupakan ialah untuk mengimbau tahun yang berlalu tu.. apakah yang telah kita capai untuk kita syukuri, apakah yang belum tercapai untuk kita terus berikhtiar dan apakah kesilapan2 yang telah terlakukan untuk kita istighfari dan teladani.
Begitulah hidup, kan... Ada pahit manis dan suka duka. Masing-masing dengan lambaran kehidupan masing-masing. Setiap kita ada laluan yang berbeza. Semoga dalam setiap jalan yang kita lalui, sentiasa kita insafi bahawa kita ini hanyalah insan yang bergelar hamba Allah. Agar kita tidak lupa meletakkan Allah Rabbul Jalil sebagai Rabb kita, yang telah memberikan kita segala liku-liku perjalanan hidup kita untuk Dia uji siapakah antara kita yang lebih baik amalannya.
Maka ikhlaskanlah, redhakanlah setiap yang telah berlaku, setiap yang telah hilang, setiap yang telah pergi, setiap airmata dan darah, setiap jatuh dan bangun, setiap pahit dan manis. Pastinya ada hikmah di sebaliknya yang kita mungkin tidak nampak hari ini, namun percayalah suatu hari kita akan faham dan kutip setiap hikmah tersebut. Kenapa? Kerana Allah Maha Adil, Maha Pengasih dan Penyayang. Allah tak akan menzalimi kita.
Percayalah. Jika kita melihat kehidupan ini secara keseluruhan, pasti kita akan nampak bahawa terlalu banyak nikmat Allah yang indah2 ke atas kita kalau nak dibandingkan dengan nikmat Allah yang pahit2. Ya, indah dan pahit keduanya nikmat Allah. Carilah hikmahnya. Pasti jumpa.
Semoga tahun ini akan jadi lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. Semoga tahun ini saya lebih mensyukuri setiap pemberian Allah.. segala2nya.
Allah. Bantulah saya. Amiin.